top of page
Writer's pictureIPTG TV

PROGRAM SIJIL PENGHAYATAN UBUDIYYAH, MAS’ULIYYAH DAN ITQAN (UMI) SIRI 1 TAHUN 2024/2025 (MINGGU 17)




KOTA BHARU, 17 Oktober – Program Sijil Penghayatan Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan (UMI) Siri 1 Tahun 2024/2025 telah memasuki Minggu ke-17 dengan kuliah diadakan pada 14 Rabiul Akhir 1446H bersamaan 17 Oktober 2024 di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.


Kuliah Mingguan UMI ini bertujuan melahirkan kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan yang berilmu, memahami, dan menghayati ajaran Islam, serta mampu mengaplikasikan prinsip-prinsip Islam dalam perkhidmatan dan kehidupan seharian mereka.


Program UMI dijadualkan berlangsung selama 40 minggu, dengan kuliah diadakan setiap hari Khamis dari 2.15 petang hingga 3.15 petang. Ia menyasarkan penyertaan 100 kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Kota Darulnaim.


Antara objektif utamanya adalah memastikan peserta memahami ajaran Islam secara menyeluruh, menghayati prinsip Membangun Bersama Islam (MBI) serta Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan (UMI), menanam keyakinan mendalam terhadap agama, dan menyebarkan kefahaman Islam dalam komuniti penjawat awam.




11 views0 comments

Comments


bottom of page